2 Ogos 2012 – Pada hari Khamis
bersamaan dengan 13 Ramadan 1433H, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa
Peringkat Pejabat Pengurus Kawasan Shah Alam anjuran PKPI Shah Alam. Pada majlis
berkenaan, telah berlangsung bacaan tahlil arwah, tazkirah ringkas yang
disampaikan oleh Ustaz Ahmad bin Arum, Solat Tarawih dan Solat Witir berjemaah
serta pemberian sumbangan bagi anak yatim warga TNB Shah Alam. Majlis berkenaan
turut dihadiri oleh Datuk Mustafa Din, Pengurus Besar Operasi (Wilayah – 1), Datuk
Haji Abdullah @ Abdul Basir Abdul Ghani, Pengurus Besar Negeri (Selangor), Haji
Abdul Nasir Abdul Jabbar, mantan Pengurus Besar Negeri (Selangor), En Zubir
Haji Hashim, Ketua Jurutera Negeri (Selangor),Ketua-ketua Jabatan,
Pengurus-pengurus Kawasan, pesara warga TNB Shah Alam dan juga warga kerja TNB
Shah Alam.
No comments:
Post a Comment