Saturday, 22 September 2012

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Pejabat Pengurus Kawasan Shah Alam


2 Ogos 2012 – Pada hari Khamis bersamaan dengan 13 Ramadan 1433H, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Peringkat Pejabat Pengurus Kawasan Shah Alam anjuran PKPI Shah Alam. Pada majlis berkenaan, telah berlangsung bacaan tahlil arwah, tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad bin Arum, Solat Tarawih dan Solat Witir berjemaah serta pemberian sumbangan bagi anak yatim warga TNB Shah Alam. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Datuk Mustafa Din, Pengurus Besar Operasi (Wilayah – 1), Datuk Haji Abdullah @ Abdul Basir Abdul Ghani, Pengurus Besar Negeri (Selangor), Haji Abdul Nasir Abdul Jabbar, mantan Pengurus Besar Negeri (Selangor), En Zubir Haji Hashim, Ketua Jurutera Negeri (Selangor),Ketua-ketua Jabatan, Pengurus-pengurus Kawasan, pesara warga TNB Shah Alam dan juga warga kerja TNB Shah Alam.





Majlis Solat Hajat & Tahlil 2012


13 Julai 2012 – PKPI Shah Alam telah menganjurkan Majlis Solat Hajat & Tahlil bersempena menyambut Bulan Ramadhan yang bakal tiba. Selain itu, tujuan dan objektif majlis ini diadakan adalah untuk memohon agar wargakerja TNB serta keluarga dirahmati oleh Allah s.w.t. semasa menjalankan tugas dan dipelihara dari segala musibah. Majlis ini telah dilangsungkan serentak di seluruh Negeri Selangor. Pada majlis berkenaan juga telah diadakan majlis pemberian kurma bagi semua ahli PKPI Shah Alam.