15 Jun 2012 - Mesyuarat Agong Tahunan PKPI Shah Alam telah diadakan di Dewan Jaoan II, Aras 4 Pejabat Pengurus Kawasan Shah Alam untuk kali ke-4. Majlis turut disertai oleh Pengurus Besar Negeri Selangor, Datuk Hj. Abdullah @ Abdulbasir bin Abdul Ghani yang juga Penaung PKPI Shah Alam bagi merasmikan majlis ini. Pada majlis berkenaan juga telah diadakan sumbangan bagi pesara dan sumbangan kelahiran anak pertama. Timbalan Yang diPertua PKPI telah membentangkan laporan tahunan PKPI Shah Alam bagi tahun kewangan 2011/2012.
No comments:
Post a Comment