23 Jun 2012 - Muktamar Tahunan PAKATAN telah diadakan di Hotel Residence Bangi. Sebanyak tiga orang wakil dari PKPI Shah Alam telah menyertai muktamar berkenaan. Pada majlis berkenaan, Presiden Pakatan, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh turut sama hadir bagi merasmikan program berkenaan. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri Che Khalib menyaran agar persatuan berteraskan keagamaan ini terus menyerlah memberi sumbangan dan kebajikan kepada masyarakat. Datuk Seri Che Khalib juga menyeru agar ahli-ahli PAKATAN dapat memberi kerjasama sepenuhnya bersama Presiden PAKATAN seterusnya memandangkan muktamar ini merupakan kali terakhir beliau memegang jawatan sebagai Presiden.
Saturday, 14 July 2012
Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-4
15 Jun 2012 - Mesyuarat Agong Tahunan PKPI Shah Alam telah diadakan di Dewan Jaoan II, Aras 4 Pejabat Pengurus Kawasan Shah Alam untuk kali ke-4. Majlis turut disertai oleh Pengurus Besar Negeri Selangor, Datuk Hj. Abdullah @ Abdulbasir bin Abdul Ghani yang juga Penaung PKPI Shah Alam bagi merasmikan majlis ini. Pada majlis berkenaan juga telah diadakan sumbangan bagi pesara dan sumbangan kelahiran anak pertama. Timbalan Yang diPertua PKPI telah membentangkan laporan tahunan PKPI Shah Alam bagi tahun kewangan 2011/2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)