Wednesday, 12 April 2017

Contact

NAMA PERTUBUHAN : PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM SHAH ALAM (TENAGA NASIONAL BERHAD)

ALAMAT PERTUBUHAN : TENAGA NASIONAL BERHAD, PERSIARAN DAMAI, 40702 SHAH ALAM, SELANGOR

No. Tel : 03-5510 2020

No. Fax : 03-5519 0289

Akaun Bank Pertubuhan :
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 12038010088301

WARGA KERJA TNB SHAH ALAM BERMUNAJAT

12 April 2017 - Bertempat di Surau An-Nur, TNB Shah Alam telah berlangsung Solat Hajat anjuran PKPI Shah Alam sempena Pelancaran & Pengoperasian Customer Finance (CS) & Finance Distribution, Bahagian Pembahagian, TNB. Majlis yang bermula pada jam 08.30 pagi itu dipimpin oleh Encik Wan Aziz Bin Wan Daud dan dihadiri oleh Yang Dipertua PKPI Shah Alam iaitu Puan Rahimah Binti Ali Rahim dan seluruh warga kerja TNB Shah Alam.


Warga kerja TNB Shah Alam juga turut mengambil kesempatan dengan memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar diberi kesembuhan kepada suami anggota kerja TNB Shah Alam iaitu Puan Raziheily Basiron yang baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian kepala. Dengan usaha ini, semoga organisasi yang kita sayangi ini sentiasa berada di dalam keadaan baik dan juga anggota kerja TNB serta keluarga dikurniakan kesihatan dan dikurniakan husnul khatimah.

Warga kerja TNB Shah Alam sedang melaksanakan solat hajat di Surau An-Nur, Tingkat 3, TNB Shah Alam.