Wednesday, 23 October 2013

Majlis Berbuka Puasa Pejabat Pengurus Kawasan Shah Alam

19 Julai 2013 - Majlis Berbuka Puasa pejabat Pengurus Kawasan Shah Alam telah diadakan di Ruang Lobi Pejabat PK Shah Alam. Pada majlis berkenaan, telah berlangsung bacaan tahlil arwah, tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Azmi Sabdin, Solat Tarawih dan Solat Witir berjemaah serta pemberian sumbangan bagi anak yatim warga TNB Shah Alam. Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Datuk Wira Md Sidek Ahmad, Mantan Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Ir. Mohd Azim bin Dato’ Haji Yusof, Pengurus Besar Negeri (Selangor), Dato’ Ir Abdul Aziz Jaafar, Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset,  Datuk Haji Abdullah @ Abdul Basir Abdul Ghani, Pengarah Urusan MTM, Haji Abdul Nasir Abdul Jabbar, mantan Pengurus Besar Negeri (Selangor), En Zubir Haji Hashim, Ketua Jurutera Negeri (Selangor), Ketua-ketua Jabatan, Pengurus-pengurus Kawasan, pesara warga TNB Shah Alam dan juga warga kerja TNB Shah Alam.
 


Majlis Doa Selamat, Tahlil, Bacaan Yasin dan Majlis Pemberian Kurma

5 Julai 2013 - Pada tarikh berkenaan, bertempat di Surau An-Nur, Pejabat PK Shah Alam telah diadakan majlis  Doa Selamat, Tahlil, Bacaan Yasin bagi menyambut Bulan Ramadhan yang bakal tiba. Pada majlis berkenaan juga, telah diadakan majlis pemberian kurma dan air kordial bagi semua ahli PKPI Shah Alam.

Muktamar Tahunan Pakatan TNB kali ke-12

8 Jun 2013 - Seramai 3 orang wakil dari PKPI Shah Alam telah menghadiri majlis Muktamar Tahunan Pakatan TNB kali ke-12. Majlis berlangsung di Prinz Park Resort, Kuala Terengganu. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Presiden Pakatan TNB yang baru iaitu Datuk Seri Ir. Azman Mohd. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan agar PKPI berubah sesuai dengan peredaran masa dan zaman.

Ceramah motivasi pagi bertajuk Integriti Amalan Kita


5 April 2013 - Ceramah motivasi pagi bertajuk Integriti Amalan Kita telah diadakan di Surau An-Nur, Pejabat PK Shah Alam. Ceramah disampaikan oleh Ust Tn Hj Ghazali Ibrahim

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan bacaan Doa Selamat


1 Februari 2013 - Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan bacaan Doa Selamat memohon agar wargakerja TNB serta keluarga dirahmati oleh Allah s.w.t. semasa menjalankan tugas dan dipelihara dari segala musibah

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin

30 November 2012 - Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin telah diadakan di Surau An-Nur, Pejabat PK Shah Alam bagi Allahyarham Haji Abdul Ghani Bin Kassim iaitu bapa kepada Pengurus Besar Negeri (Selangor), Datuk Abdullah@AbdulBasir bin Abdul Ghani yang telah meninggal dunia pada 21 November 2012

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin


2 November 2012 - Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin telah diadakan di Surau An-Nur, Pejabat PK Shah Alam bagi Allahyarham Mohd Azizul Abd Ghani, pemandu kenderaan di Pejabat PK Shah Alam yang telah meninggal dunai pada 30 Oktober 2012