Saturday, 17 November 2012

Majlis Doa Selamat, Tahlil & Yasin Meraikan Bakal Haji

14 Sept 2012 - PKPI Shah Alam telah menganjurkan Majlis Doa Selamat, Tahlil & Yasin bagi meraikan bakal Haji tahun 2012. Tujuan majlis berkenaan adalah untuk memohon keberkatan agar perjalanan pergi dan balik jemaah haji mendapat berkat dan memperoleh haji yang mabrur. Seramai 6 orang ahli PKPI Shah Alam telah terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini iaitu:
  1. Roslan bin Che Ani 
  2. Mustafa Albakri bin Tait 
  3. Abdul Sahak
  4. Nor Adleela Kamaral Bahrim 
  5. Masliyatun Mokhtar
  6. Norzawani Kamarauzaman
Pada majlis berkenaan, Pengurus Kawasan (Shah Alam) telah sudi menyerahkan sumbagan bagi bakal-bakal haji berkenaan.  Pada majlis berkenaan juga, sumbangan kepada En Zainal Sayed, yang kematian anak pada 2 September 2012 telah diadakan.