14 Sept 2012 - PKPI Shah Alam telah menganjurkan Majlis
Doa Selamat, Tahlil & Yasin bagi meraikan bakal Haji tahun 2012. Tujuan majlis berkenaan adalah untuk memohon keberkatan agar
perjalanan pergi dan balik jemaah haji mendapat berkat dan
memperoleh haji yang mabrur. Seramai 6 orang ahli PKPI Shah Alam telah terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini iaitu:
- Roslan bin Che Ani
- Mustafa Albakri bin Tait
- Abdul Sahak
- Nor Adleela Kamaral Bahrim
- Masliyatun Mokhtar
- Norzawani Kamarauzaman

